Tuesday, June 28, 2011

Angan-angan

Salam.

Jikalau aku seekor burung, sudah lama aku balik ke Malaysia sekarang. Singgah kat London beli souvenir. Transit kat Amsterdam borong Chocolates. Lepas tu, singgah kat Australia sekejap. Tak perlu tunggu flight aku yang lewat nih untuk balik ke rumahku. Tak perlu bayar tiket mahal-mahal. Haha. Itu semua hanyalah khayalan. Mustahil. Dan aku memang seorang manusia Homo Sapien. Tak boleh terbang macam Superman. Tapi sekurang-kurangnya, at least nak pinjam pintu ajaib Doremon pon jadi lah. Okay, sangat mengarut. Maaf.


Berpijak di Bumi yang nyata, lagi beberapa hari lagi insyaAllah aku akan balik ke Malaysia. Tapi sekarang tengah sibuk menguruskan document2 untuk pulang nanti. Hmm.. Kene susun balik jadual cuti aku. Oh ya, lupa pula. Alhamdulilah baru sahaja selesai menjalani exam final tadi. Syukur, markah pon not so bad, okay je la. Apa-apa pon aku next sem dapat naik sbg 4h year. Entering my first Clinical year. Harapan baru.

Balik Malaysia ni, macam-macam aku nak buat. Untuk memanfaatkan cuti kali ni, dan tak nak jadi macam cuti summer tahun-tahun lepas, banyak juga aku join volunteering works ni. Duduk rumah pon nanti bukan boleh buat apa. Tidur, tengok TV, ternak lemak. Nak baking cupcakes pon nanti tak ada siapa nak makan. Last-last kene habis kan seorang-seorang. Haih!

Aku percaya setiap orang ada cara dia sendiri untuk memaksimum kan cuti summer ni. Spend time dengan family, join Bersih, kerja kat Petrosains, join aktiviti-aktiviti sukarelawan, Uskab (usrah kabilah), pergi kenduri kawin, ada yang nak marathon drama Melayu dan macam-macam lagi lah. Tapi itu lah, kalau aku balik rumah pon, semua orang kerja. Family aku pon semua busy-busy. So, memang elok lah aku join aktiviti sukarelawan ni. Huhu..

So, for now, aku kene beli barang-barang untuk di bawa balik ke Malaysia. Hmm. Beli souvenir, Blini, Keychain for Anis, something for Black and others too.


Okay, kalau ada apa-apa aktiviti, roger-roger lah aku. Itu pon kalau aku free. =). Selamat bercuti!