Salam.
Have you ever heard of Hospital Beyond Boundaries? For further info CHECK THIS OUT
Pernah terfikir jugak pasal hospital beyond boundaries ni. But since my parent both keje dalam adminstration, really understand how the health care system kat Malaysia works, plus support system pon tak kuat, so I know it is difficult to realize this dream. As for now, mimpi je la.
Early this year, my friend (an activist, and she's one of the HICOM in HBB) invited me to join this HBB. And since I'm not always in Malaysia, it is hard for me to participate in any activities organised by them. Sobs!
And so I thought maybe aku kene jadik specialist dulu baru boleh fikir besar-besar.
But to my surprise, this guy has an opposite opinion from me: (it is so inspiring that i would like to share it here)
"Many people asked me shouldn't I be a specialist first, learn hospital management, business and management or something to run Hospitals Beyond Boundaries? Oh well, if I spend all my time studying to be ready, I will never stop studying, and I will never start. "
-Dr Lutfi Fadil Lokman, founder of HBB (when he was a medical student at that time)
Remaja perlu MULTISKILLS
Definisi Multiskill- kepelbagaian dalam kebolehan/kemahiran yang ada pada seseorang.
Contoh analoginya macam kopi 3-in-1. Semua benda ada dalam satu package. Kan lagi best kalau macam tu.
Jadi tidak hairanlah jika kita lihat pada hari ini, pelajar yang mengambil jurusan perubatan di universiti tapi pada masa yang sama bekerja sebagai seorang “Graphic Designer”. Pelajar engineer tapi sudah mempunyai syarikat tour travel agency and photography. Mungkin orang akan mengatakan mereka gila, namun, mereka sebenarnya seorang yang sangat “super” kerana mengetahui potensi diri.
Mungkin sesetengah orang itu melihat dirinya mampu berjaya dalam kedua-dua bidang. Mungkin ada sesetengah yang lain hanya akan memilih salah satu sahaja. Bergantung.
Namun itu tidak bermakna seorang pemuda tidak boleh menjadi seorang yang “multiskills” kerana saya percaya setiap individu itu pasti mempunyai sesuatu kebolehan lain yang ada pada dirinya.
Maka, pengajaran di sini ialah Kenali potensi diri anda, “Superkan” diri dengan menjadi seorang “Remaja Muslim” yang penuh “Super” . Gemilang dan terbilang untuk ummah. InsyaAllah.
Jika anda pandai membuat video? pandai ambil gamba? pandai berpidato? Anda pandai berkata-kata? Sumbangkan sesuatu untuk ummah ini. Jika anda pandai menulis? Tulislah sesuatu untuk memahamkan lagi masyarakat supaya dapat menyedarkan lagi lebih ramai anak muda di luar sana untuk bangkit menyahut seruan!
Ayuh jadi “proactive”, jangan hanya penuh “inspirative” (inspiration) tetapi duduk diam sahaja penuh “pasive”. ( terasa diri -_-)