Monday, October 28, 2013

Al-kesah di Volgograd

Bismillah.

Assalamualaikum brothers and sisters!

Rabu lalu, kami dikejutkan dengan berita pasal pengeboman berani mati oleh seorang wanita rakyat tempatan yang beragama Islam (?). Banyak spekulasi yang dibuat so, tak berape nak sure berita mana yang betul.

News on this story:

Dah hampir masuk seminggu after kes pengeboman yang berlaku di kawasan lokaliti di sini. Di Volgogorad Rusia dan Alhamdulilah komuniti pelajar Malaysia di sini masih selamat, tiada berita dipukul cedera atau pon sebagainya selepas kejadian itu. Walaupon mungkin ada sedikit bunyi-bunyi rungutan dari pelajar muslimah dek dipandang serong oleh orang rusia di sini, gerak geri diperhatikan oleh polis, diminta di tunjukan passport dan sebagainya.

Mendapat berita bahawa masjid kirovsky telah diserang pada hari selepas kejadian itu. Hanya kerosakan kecil sahaja yang berlaku dan sebagai langkah keselamatan diminta semua pelajar muslim tidak pergi ke masjid untuk masa terdekat. Sebarang aktiviti kelas di sana juga tidak dibenarkan untuk seminggu dua ini. Dan kebetulan saya tengah ber'cycle' forensic, menggunakan laluan tersebut, maka banyak betul bibliotechni dein (cuti) kami dapat sepanjang cycle ni. Hoho. Tak belajar!

Mungkin kita (pelajar malaysia) rasa sedikit 'insecure' selepas kejadian itu. Makanya kita pon  mula mengambil langkah berhati-hati untuk solat di luar rumah, berusrah, nak pergi ke kelas perlu bergerak secara ramai, even memakai tudung pon perlu berhati-hati dengan pemilihan warnanya(?) atas alasan keselamatan dan mungkin kerana takut nanti di suspek sebagai 'terrorist'. 

Dan mungkin masyarakat setempat di Volgograd ini ( orang rusia) pon merase 'insecure' selepas kejadian bom-bom ini. Melihat pelajar-pelajar Malaysia yang memakai tudung dan baju tutup-tutup ini maka mereka teringat akan kes pengeboman tersebut. (There is something wrong with the world, when people critique you for having too many clothes on). Bak kata orang post-trauma syndrome disease (PTSD). Makanya mereka juga mengambil langkah berjaga-jaga. Kalau boleh nak elak sahaja orang-orang yang pakai tudung ni. Islam dianggap sebagai agama terrorist. Walhal tangappan mereka terhadap Islam ini sudah salah!

Dan sebenarnya yang paling 'insecure' adalah sisters-sisters dan brothers-brothers Rusia yang beragama Islam di sini. Merekalah yang selalu diperhatikan, mendapat berita bahawa ber'hijab' pon tak boleh, di ban sama sekali apatah lagi kalau solat di tempat umum mestilah svasem tak boleh.

InsyAllah kita berdoa agar keselamatan kita semua terjaga. Dan melihat situasi ini dari sudut pandangan saya, sebenarnya banyak lagi tugas kita para daie atau duta-duta kecil Islam untuk memperbetulkan mindset masyarakat di sini. Antara sedar atau tidak, semua pelajar Muslim di sini adalah duta kepada Islam. Daie atau duta Islam di sini bukan nya saya refer to naqib atau naqibah tetapi pada antum semua. Ye! Antum yang belajar di sini lah. Yang mendapat scholar tajaan mahupon tidak. Kita lah daie Islam kepada masyarakat di sini.

There's a lot more to do for this ummah. So I guess it's our job to 'educate' them. Yes, Islam is peace :)

InsyaAllah moga kita try sama-sama untuk ubah mindset masyarakt di sini. Tapi untuk itu, setiap muslim di sini perlu sedar akan role atau tanggungjawab dan responsibility yang di galasnya. Sila lah menjadi duta-duta kepada Islam yang berjaya mempromosikan agamanya dengan baik.


To get through the hardest journey, we need to take only one step at a time, but we must keep on stepping. :)




p/s: Harapan saya semoga sinar Islam terus dapat bercahaya di sini di Rusia. Sebagai senior tahun terakhir, yang mendapat tarbiyah di Volgo, mana mungkin saya tak rindu dan sayang padanya.