Assalammualaikum w.b.t
Bismillahirahmanirrahim
(In the Name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful)
Hello readers~!! Kaifa halukim ya akhi ya ukhti? Rasanya macam dah lama tak update blog. Adakah kerna kekeringan idea untuk menulis? hurm. hurm. atau kemalasan telah bermaharajalela? Astagfirullah al 'azim. Mungkin juga kerna kekangan masa menyebabkan tidak sempat untuk jari--jari ini menekankan keyboard untuk menulis bait-bait cinta. Eh. *jelly*
First of all, Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerna tetap memberi kita sedikit masa lagi untuk bernafas di muka bumi ini untuk melaksanakan tanggungjawab kita sebagai abid dan khalifah.
Well alhamdulillah jugak sekarang dah masuk 23 tahun or lebih tepat lagi 23 tahun 22 hari. huhu. And actually sekarang dah masok 5th year in which next year i'll be finishing my studies in medical school. Wohoaaa.. cepat sangat masa berlalu. Terengat satu surah ini.. Cuba teka surah apa ye anak-anak.
Surah Al-Asr |
Dah hampir 5 tahun join usrah dan actually baru 4 bulan aku bawak usrah dengan adik-adik. Mesti ada yang pelik kenapa ambil masa yang lama. I wont tell it here. Siapa nak tahu can just ask me. Huhu. Jadi Naqibah ni it's something different and I'm still struggling for adaptation. Busy memang lah busy. Memang perlu komitmen dan sanggup korban kan wang, masa dan tenaga for this. But Alhamdulilah, ramai murabbi-murabbi lain yang bagi support tak putus-putus. Subhanallah nothing is Greater than Allah and indeed Allah is the Best Planner. Hampir menitis air mata ini apabila diri ini juga dipilih Allah untuk menjadi murobbi kepada diri ini dan juga kepada mutarobbi ku. Gementar diri ini apabila mengetahui bahawa diri ini akan memikul amanah yang berat yang membawa nama Islam dan daie dan sebagai murobbi. Ya Allah tak tergambar perasaan yang bercampur aduk pada waktu itu dan juga sekarang..
"Mampukah aku menjadi seperti Harun kepada Musa?"
"Mampukah aku menjadi murobbi yang terbaik kerana Allah?"
"Mampukah aku menjadi murobbi sedangkan diriku juga .........?"
Setiap detik dan saat dari waktu itu, diri ini sebenarnya takut. Takut dosa-dosa yang diri ini pernah lakukan mencemarkan dakwah dan Islam. Takut sangat diri ini futur. Mencemarkan keindahan Islam dan kemanisan dalam berdakwah. Aku tidak mahu menjadi nila yang merosakkan susu sebelanga. Apatah lagi mencemarkan jalan cinta para pejuang yang diteruskan sejak zaman Rasulullah s.a.w.
Namun bukankah Allah sudah mentakdirkan yang terbaik? Kerna pena-pena sudah diangkat dan lembaran telah kering, hidup ini mesti terus diperjuangkan. Menunaikan janji yang telah dilafaz. Kerana ALLAH adalah tujuan hidup ini, kerna cinta kepada Sang Khalik dan rindu kepada Rasulullah, kerna mencari keredhaan hidup ini.
InsyaAllah.. so readers, this is my baby steps to go to further ahead, to climb up higher than before.
"Ya Rabb ku, Ya Allah, ikhlaskan diri ini dalam menunaikan segala yang diperintahmu, tsabat diri ini dalam jalan dakwah dan tarbiyah Mu, dan istiqamahkan diri dalam setiap amal dan ibadahku.. Ya Allah.. Ampunilah dosa diri ini, dosa kedua orang tuaku, dosa guru-guruku, dosa ahli keluargaku, dosa sahabat-sahabatku, dosa mereka yang mengenaliku, dosa umat islam muslimin dan muslimat sama ada yang masih hidup mahupun sudah meninggal dunia. Ampunilah dosa-dosaku ini dari sekecil-kecil zarah dan hingga sebesar-besar gunung, dosa-dosa yang ku lakukan terdahulu, dosa-dosa yang ku lakukan sekarng, dosa-dosa yang ku lakukan akan datang, dosaku yang ku lakukan secara diam, sulit dan tersembunyi, dosaku yang ku lakukan secara terbuka dan terang-terangan, dosaku yang ku lakukan secara sengaja mahupun tidak, sebanyak mana yang Engkau ketahui. Sesungguhnya atas Engkau yang Berkuasa penuh atas segala sesuatu. Bantuilah aku menyebarkan cintaMu kepada umat manusia, bantuilah dan bimbinglah aku di jalan Mu yang lurus kerna Sesunggunhnya solatku, rukukku, sujudku, puasaku, hidup dan matiku hanya kerana Mu Ya Allah. Dan sesungguhnya, aku redha Allah sebagai Rabbku, Muhammad sebagai Rasulku dan Islam sebagai ad-din ku."
P/s: Buat 'S'.. mungkin diri ini tidak sehebat Harun kepada Musa. Namun akan aku cuba seikhlas dan sedaya mungkin untuk menjadi seperti Harun kepada Musa. Buat my beloved anak-anakku (mutarobbi) diri ini juga sedang berjuang menjadi yang terbaik buat Sang Khalik, sudikah kalian berjalan seiring, berpimpin tangan bersama dengan diri yang tidak sempurna ini dan yang hina ini menuju Sorga yang abadi? Uhibbuki fillah sisters.. Semoga kalian dapat membantu diri ini yang serba kekurangan menjadi lebih baik..
p/s/s: Diri ini sentiasa sibuk. Meeting, usrah, kelas dan lain-lain. Stig-x (Stalingrad Intervarsity Games) is just around the corner. Macam-macam date line nak kene buat. Sibuk sangat dengan hal dunia. Risau, kalau-kalau adakah Allah memberkati setiap usaha-usaha aku selama ini? InsyaAllah harap-harap sangat setiap perbuatan ini dirahmati oleh-Nya. Ameen~