Monday, May 2, 2011

kisah seorang sahabat

Salam

Entry kali ini nak cerita pasal seorg sahabat. Dah lama dah berkawan dgn dia ni. Orang nya peramah, senang nak masuk berbual, tak sombong, tak kedekut. Tapi tak de la rapat sgt2. Cume bila jumpa tu, ada la bertegur sapa.

Baru-baru ini, time pergi riadah petang, terdengar perbualan dua org akhowat ni. Bunyinya macam sedang bercerita pasal seseorg. Bila tanya cerita pasal apa? Mereka terdiam. Muka bersalah. Antara hendak bagitahu atau tidak. Takpe la, tak nak bgtahu pon tak pe. Tak paksa pon. Lalu, seketika kemudian, salah seorg akhwat tu memberitahu. Dia takut kalo-kalo saya memberitahu umpatan itu kpd org yg diumpat itu kerana menurut mereka, org itu sahabat baik saya. Katanya, dia ternampak sahabat itu ber-dating. Ya, dating!

Bila kita nampak sesorg tu buat sesuatu kemungkaran, kita selalu saja nak cakap belakang. Dan macam-macam lagi yang biasanya akan terlepas dari mulut kita. Atau paling tidak, terdetik di dalam hati. Kenapa? Kenapa kita senang bersikap demikian? Siapa antara kita yang pernah kesah untuk pergi dan bersembang, berbincang, mendalami kenapa mereka berbuat sedemikian rupa? Dengan prinsip kita di atas tadi,(bercakap belakang) maka kita meninggalkannya. Kita tidak menegurnya. Kita nampak dia mula berubah ke arah kejahatan, kita menjauhinya kerana kita kata dia dah berubah, dah tak sama mcm dulu, serta sebagainya. Salah tu. Kesilapan kita, adalah di sini. Iaitu tiada siapa yang berani bergerak menarik mereka.

Tidak ramai yang mampu bersabar. Sedangkan, keadaan ini hanya boleh dihadapi oleh mereka yang tenang dan rasional. Siapa yang berani pergi mendekati mereka, memahami mereka, cuba mencungkil apa sebenarnya permasalahan mereka, kenapa mereka sampai boleh tersasar sedemikian rupa. Siapa? Siapa yang berusaha sedemikian rupa? Kenapa kita hanya tahu mengutuk, cakap belakang. Kenapa tak cakap terus je dgn dia? Slow talk ke? At least dpt skit settle kan problem. Tak ke gitu?

Bila mereka (yg bercouple) letak gambar-gambar berdua di internet, di facebook, kita pula like. Tak ke pelik? Tadi ckp belakng, tapi sekarang, macam setuju pula dgn couple2 ni. Mungkin mereka kurang ilmu, tak tahu yg couple ni sebenarnya salah. So, mmg tugas kita la untuk memberitahu. Kita nak sama-sama masuk syurga kan? Dengan kawan2 kita. Syurga itu kan luas. Kenapa kita tak sama2 kejar ke arah syurga Allah?

Tegur lah mereka ini. Dan berapa banyak kali sudah kita tegur mereka? Sekali? Dua kali? Seribu kali? Alhamdulilah kalau mereka dah faham dan berubah. Kadang-kadang kita sendiri pon selalu melenting, penat dah tegur org2 mcm ni. Tapi ini lah masalah kita. Mungkin cara kita tegur tu salah. Tak kene pada tempat nya. Cepat sangat putus asa. Saat kau berputus asa itu, sebenarnya kau telah membuang allah drpd kehidupanmu.Itu lah kita. Kemudian kita mula nak salah kan dia. Degil. Sebenarnya kita pon sama. Putus asa nak mengajak dia sama-sama ke jalan Allah. Rapati dia, berikan nasihat. Laksanakan tanggungjawab kamu sebagai seseorang yang faham bahawa dia telah tersasar daripada Allah SWT. Sesungguhnya, bukan kah meyebarkan kebaikan itu tugas setiap org Mukmin?

Sebenarnya tak salah untuk bercinta, tapi perlu lah mengikut syariat Islam. Cinta itu sendiri suci tapi tangan-tangan manusia ni yang kadang-kadang mengotorkan maksud cinta ni. Wallahualam.

p/s- kisah cinta Salman al-farisi. Mengenai pengorbanan, itsar seorg sahabat kpd saudaranya, dan mencintai itu bukan bermaksud memiliki. Semoga dengan perkongsian ini, kita sama2 dpt manfaat.