Friday, April 29, 2011

Terima kasih sbb ingatkan aku.

Salam.

Rasa mcm mayat hidup. Mayat yang ber-roh dan ber-jasad. Effect 2 jam tidur smlm, membuatkan aku punya brain center jadi tak betol. Semua yg dibuat tak menjadi, tak pernah betul. Hampir2 membahayakan nyawa diri sendiri. Teringin nak menulis puisi. Pengaruh rakan sebaya agaknya. Takde kaitan. Urgh!

Terima kasih 'Sahabat' sbb ingtkn aku.


Sahabat,
terima kasih diatas segala limpahan budi yang telah kau taburkan
Tak pernah mampu untukku membalasnya kembali

aku memang bukan seorg yg sempurna
tapi aku akan selalu mencuba untuk memperbaiki
aku memang bukan malaikat
dan ingatlah aku bukan sempurna

Sahabat,
terima kasih kerana sudi menjadi pendampingku
dikala susah mahupun senang
Tak mungkin daku mampu membalasnya kembali
namun perasaan ini harus ku pendam



Sahabat,
terima kasih kerana sudi menegurku
Takkan sesekali mampu ku balas segala nasihat
Terima kasih sahabat untuk segala ingatan
jika aku telah melanggar suatu garisan


Hadirmu,
umpama bintang yang bersinar terang

Hadirmu,
umpama bunga yang segar mewangi

Hadirmu,
sangat-sangat disenangi


Walaupun kita tidak lagi dapat bertemu seperti dulu,
atas batas-batas tertentu,
namun ketahuilah sahabat,
doaku kepadamu tak pernah padam.
Semoga sahabat yang ALLAH kurniakan kepadaku ini,
menjadi sahabat yang terbaik kepada semua orang juga.
Semoga sahabat kurniaan ALLAH kepadaku ini,
mendapat tempat di Syurga sana.


Ya ALLAH,
pimpinlah kami ke jalan yang diredhaiMU

Terima kasih ya ALLAH
kerana mengurniakan sahabat sebaik dia kepadaku
Andai tiada pertemuan di dunia, izinkan kami bertemu dan bersatu di Sana
Kami damba redha dan rahmatMU ya ALLAH

Terima kasih kerana pernah menjadi sebagian dari hidupku
terima kasih karena telah menyedarkan ku

Terima kasih 'Sahabat' sbb ingtkn aku.



Wassalam