Wednesday, May 18, 2011

Generasi Sultan Ahmad Al-Fateh

Salam.

Pesanan dan peringatan bersama untuk org yg berfikir.

“Sekali-kali tidak, sesungguhnya manusia itu melampaui batas. yang merasakan bahawa dirinya serba cukup” ( Al-A’laq : 6-7 )

Celakalah mereka yang merasakan bahawa diri mereka telah cukup dengan ilmu yang sedia ada. Bahkan belum lagi nyata orang-orang yang berjihad. Sedangkan ilmu pon ditinggalkan begitu sahaja.

Suatu ketika Rasulullah SAW sedang menyampaikan kuliah, kemudian baginda berkata pada sahabat. Baguslah kalian kerana menghadiri majlis ini. sepanjang perjalan, malaikat akan berjabat tangan dengan kalian. kekalkanlah sikap kalian ini. tetapi untuk beribadah. Rasulullah menyarankan supaya mereka tidak melaksanakan kesemuanya sekali.

Itulah darjat ilmu.

Kalau semua orang berdisiplin, insyaAllah generasi Sultan Ahmad Al-Fateh akan bangkit semula.


p/s: untuk org yg ponteng kelas , lecture, etc. (termasuk aku).. Janganlah merasa diri ini serba cukup. Ilmu itu memang dimana2. Dan tugas kita adalah untuk mendapatkan sebanyak mana ilmu yg mungkin. InsyaAllah. Kita amanah rakyat. =) Jalankan tanggungjawab anda! *kempen datang lecture* huhu!~

p/p/s: Alhamdulilah, selesai sudah exam cert. Terapi. huhu.. Saja terlintas persoalan ini, ramai yg boleh bersabar dgn exam cert. terapi (baca, study group 3 kali buat tp x habis2 jugak soalan yg dijawab, 2 minggu penyeksaan membaca terapi), tapi berapa ramai yg bersyukur selepas habis exam cert. terapi td? InsyaAllah, mungkin ramai. =) *husdnuzon*