Sunday, June 16, 2013

Futur

Salam.


Setiap kali sebelum balik Malaysia. Pasti ada sesuatu yang pasti dirisaukan. Sesuatu yang tiap tiap kali pasti akan merasa menyesal bila memikirkannya. Benda yang selalu di beri amaran awal-awal sebelum kembali ke Malaysia. 


Ya Malaysia. Tempat dimana lahirnya diri ini. Tempat yang membuatkan diri jadi seperti orang yang tidak pernah mendapat sentuhan Tarbiyah. Nauzubillah.


Futur. 


Setiap kali penyakit ini pasti akan menyerang hamba-hamba Nya yang lemah. Yang jauh dari-Nya. Salah satu punca penyakit ini ialah bi'ah atau suasana persekitaran yang mempengaruhi individu itu sendiri. Jika tiada persekitaran atau medium yang betul maka susah untuk individu itu naik semula. Kumpulkan kekuatan. 


Maka solusi nya, cari lah bi'ah yang sihat atau dengan simpul mudahnya, carilah kawan-kawan yang mengingatkan kita tentang apa tujuan hidup ini. Kerana manusia itu sifatnya sering lupa. 






Namun, di sudut paling hujung celah hati itu masih ada kelip-kelip cahaya yang bernyawa. Cahaya yang yakin, dan percaya. Segala yang telah berlaku atas izinNya, dan segala yang bakal berlaku juga biiznillah, dengan izin-Nya. Kerana wujudnya jiwa-jiwa ini membuatkan hati kembali bersemangat.


Itu lah usrah. 


Jadi mengapa mahu berhenti, setelah apa yang telah dimulakan. Sedang ia terlalu banyak disebut sebagai suatu amalan yang mulia disisi Allah dalam ayat-ayat suciNya. Dalam hadis-hadis Rasul agungNya. Yang memerlukan keikhlasan, dan istiqomah. InsyaAllah. Doakan aku thsabat di jalan ini sampai ke hujung akhirnya. Ameen.