Sunday, February 19, 2012

Cycle Paeds

Salam people!

Alhamdulilah, masih di beri kesempatan untuk menulis dalam blog yang dianggap 'usang' ini. Dan alhamdulilah juga kerana masih berada dalam nikmat Islam , Iman dan kesihatan walaupon ada selsema dan batuk-batuk sikit. Almaklumlah winter di Russia memang paling lebat dan lama. Huhu~

Rasanya dah dekat dua minggu lebih aku balik dari cuti winter yang lepas. Cuti hari tu, pergi Munich-Salzburg- Prague- Budapest- Vienna. Perjalanan yang rasanya cukup panjang tapi sekejap. Setiap perjalanan ada sahaja pengajarannya. InsyaAllah, kalau ada kesempatan, setiap ibrah yang dikutip akan di post di blog ini bila-bila masa. Heee~

Sekarang ni tengah cycle Paeds. Kelas di Ploshad Chekistov. So, memang dekat dan senang la nak dapat masyurut. Naik je mane-mane masyrut, cuma agak berkira sikit sebab nak yang harga 10 rubles je. =)

Terbaca di blog seorang sahabat ni, dia pesan kalau pergi ke wad kanak-kanak jangan lupa bawak jajan. *haaa..comel plak*

Basically di Russia ni umur yang dianggap kanak-kanak adalah dari 1-18 tahun. So, boleh nampak la ada bilik wad untuk yang lelaki atau permpuan bawah 10 tahun *comel*, wad untuk bayi dan ibu *comel jugak*, dan ada wad untuk kanak-kanak yang umur belasan tahun *tak comel langsung!*.

Seronok pulak cycle ni. Pergi wad jumpe patient, sume comel-comel. Urgh geram betul. Kadang-kadang bila ada chance nak wat palpation, percussion, etc, memilih pulak kan.. Nak yang bawah 10 tahun je. Haha. Tak de lah sebenarnya nak jaga wudhu', sebab tuh cari patient mumaiyiz yang belum akil baligh.


Ada la sekali tuh bawak jajan untuk budak-budak Rusia ni. Tiba-tiba hari tuh kelas pack pulak. Tak pergi wad jumpe patient. Last-last jajan tuh dapat kat 'budak-budak lain' (classmate amek). Adeii!

Teruk betul. Haha.

P/s: Selasa nih insyaAllah last kelas untuk cycle nih. Mungkin ada test. Tak tahu la. Doakan saya!