Saturday, October 8, 2011

ikut hygienic norm

Salam

Sesuatu perasaan yang sukar di describe apabila melihat adik-adik first year yang excited bila tiba di bumi soviet yang gersang ni. Teringat pada zaman kanak-kanak macam mereka dulu. Pejam celik pejam celik sekarang dah 4th year dah. Lagi 3 tahun nak grad. Tak sabar rasanya.

Cycle relax sekali lagi. Banyak masa yang terluang. Terbazir begitu sahaja. Apabila nikmat kelapangan yang diberikan tidak digunakan dengan cara yang berfaedah. Mulalah nak marathon semua cerita yang ada di internet. Sekali lagi peringatan untuk diri sendiri dan kalian semua. Hidup cuma sekali. Gunakan sebaik mungkin. Suka bila adik-adik dan kakak usrah datang ke rumah. Naik balik level motivasi. Seronok dengar cerita dan pelbagai ragam mereka.

Heater di rumah belum beroperasi lagi. Dalam rumah sejuk berselimut. Di jadual kan akan beroperasi pada 23 Oktober. Tak apa, tunggu lagi sekejap je lagi. Sabar.

Cycle hygiene banyak yang dipelajari. Setiap benda perlu diperhatikan. Leceh. Tak boleh terlalu tinggi tak boleh terlalu rendah. Contohnya macam kelas komputer. Cara susunan yang tertentu. Jarak di antara komputer perlu tidak kurang 1.2m. Natural and artificial lighting perlu lebih 500lx. Duration for using komputer pon ada batas-batas nya. Silap-silap kalau terlebih atau terkurang boleh menyebab kan bilik komputer tersebut menjadi harmful microclimate. Senang cerita semuanya perlu ikut hygienic norm yang ditentukan.


contoh gambar kelas komputer. Jarak komputer depan dan
belakang perlu lebih 2m supaya tiada pertindanan electromagnetic wave.
Tak jumpa gamabr yang tochna. Sepatut nya komputer perlu di susun mengelilingi menghadap dinding

Sama juga macam kehidupan harian kita. Semuanya perlu seimbang. Tak boleh lah kalau kita nak solat 24jam sahaja tanpa rehat. Salah lah kita kalau nak puasa saja tanpa berbuka. Nabi kita pon tak buat macam tu. So, kalau nak marathon movie pon perlu berpada-pada. Jangan sampai bangun lewat tinggal solat. Pesanan untuk diri. Huhu.

Ya Allah, jangan kau cabut nyawa ini di saat ianya menderita dan mengaibkan. Jangan kau tarik hidayah yang kau berikan kepada ku. Moga aku tetap thabat di jalan Mu.