Tuesday, September 20, 2011

Tumhat

Salam.

I've been meaning to share this to you guys sooner, but you know how it goes with procrastination and other work. They are always there. But Alhamdulilah, I'm writing this now. Hehe. I read this from somewhere, I didn't remember exactly where. But this give me some thoughts. It is about Tuhmat which means obsession. Really interesting article.

I still remember my pathphys lecturer said, that there are 3 stages of neurosis.

1. neuralgia

2. hysteria

3. obsession

I'm not going to talk about the first 2 stages because now we are discussing about the last stage, obsession which is also the most severe stage of neurosis.

That one is the science fact. And we also have the Islamic view on obsession. Tumhat Tarbawiyah. (which is the positive obsess). Fighting to do good.

Lets do some analogy.

Seorang budak yang gemar akan matematik. Setiap hari dia akan menyelesaikan sekurang-kurangnya satu masalah matematik. Hidupnya tidak akan tenang selagi mana dia tidah menyelesaikan masalah matematik dalam masa satu hari. Dimana sahaja matanya melihat nombor, secara automatik otaknya akan bergerak untuk mengira.

Seorang pelajar perubatan yang baru sahaja belajar cara-cara untuk memasukkan jarum kedalam salur darah manusia. Setiap hari dia tekun melakukan injection terhadap pesakit di hospital. Suntikan jarum Intravenous, intramuscular, inradermal dan lain-lain lagi jenis suntikan semuanya sudah dipraktis oleh pelajar tersebut. Maka setiap kali die melihat pesakit, tentunya die terus bersedia untuk melakukan suntikan yang diperlukan. Tangannya sudah dilatih untuk menyuntik pesakit. Sudah tentu tiada masalah yang akan timbul lagi sewaktu die bekerja sebagai doktor kelak.

That is obsession!

Bukan mereka sahaja yang mempunyai obsesi. Orang Mukmin juga mempunyai obsesi.Obsesinya adalah akhirat.Dia tidak pernah lupa akan hakikat penciptaannya.

Semuanya yang dilihat akan dicerna melalui cara obsesinya yang tersendiri. Sekiranya dia berjalan di kotaraya dan melihat seorang tua.Ia terus teringat akan saat usianya akan berakhir dan dia perlu bersedia untuk hari tersebut.

Sekiranya dia melihat orang lain berada dalam kesakitan dan kesusahan.Lantas terbayang kesengsaraan di neraka Jahannam dan pantas memotivasikan dirinya untuk beramal bagi menyelamatkan dirinya.

Sekiranya dia melalui lorong gelap pantas dia teringat akan kegelapan di alam kubur.Setiap yang ada di hadapannya terkait dengat akhirat kerana obsesinya.

Maka apa pula yang kita dapat dari pemandangan kehidupan kita?

What is your obsession?