Saturday, June 18, 2011

Selamat Hari Bapa


Tak tahu kenapa.. Aku rasa tersentuh setiap kali tgk video ni. Entah lah, maybe terbayang wajah ayah di Malaysia. Homesick agaknya.Teringat kat Abah. Mungkin Pak cik Kiri Kanan ni adalah bapa dan ketua keluarga kepada keluarganya. Gigih sungguh, mencari rezeki untuk menampung anak-anak nya di rumah. Kesungguhan mencari makan, sumber pencarian rezeki, supaya isteri dan anak-anak dapat hidup senang-lenang di rumah. Ayah pula sibuk mencari makan. Begitulah, terasa di hati ini. Mungkin kah ayah kita di rumah itu, nampak nya tenang sahaja, padahal di luar sana gigih mencari rezeki? Rindu kat Abah. Oh rasa macam nak peluk Abah sekang ni juga =(