Salam.
Berkenaan dgn entry saya yg lepas. Minta maaf kalau ada yg terasa hati. Bukan niat saya pon. Let me make it clear, pasal ayat "there r many people came from the islamic school background but they did not appreciate the experiences & the knowledge they have" , memang sepatutnya dihuraikan sedikit. Takut-takut timbul salah faham. Memang tak boleh di pukul rata begitu sahaja. Pada saya, orang2 yg hebat datang daripada keluarga dan didikan yang hebat. Tapi, still kita tak boleh kate semua. Kebanyakan sahaja kalau kita lihat. Tapi saya percaya, semua itu terletak pada individu itu sendiri. Tak kesahlah dia datang dari latar belakang yang hebat atau tidak. Hidayah itu milik ALLAH. Dan Allah lah yang berhak menentukan siapa yg layak menerimanya. Wallahualam.
Blog walking dan terjumpa satu sajak ni. Macam menarik. Tajuknya 'agak-agak sampai 10% tak?'. Menarik kan! Bukan nak meng-kafir kan seseorg muslim itu. Tapi sebagai renungan utk kita. Reflect diri sendiri. =)
Sibuk dengan para artis dan hiburan melampau.
Itukah Muslim?
Aurat bukan sahaja didedahkan bahkan dijaja disana sini.
Nama masih Muslim.
Perkataan dan percakapan dihiasi carutan , kotor dan lucah.
Tapi masih mengaku Muslim.
Hukum Allah kene ikut , tegah orang lain buat maksiat
Tapi diri sendiri pon buat juga.
Solat lima waktu juga tidak lengkap 35 kali seminggu.
Muslim? Mestilah Muslim.
Hidup seharian penuh maksiat dan dosa tanpa ada penyesalan dan rasa untuk bertaubat.
Tapi Muslim tetap Muslim.
Langsung tidak menghargai ilmu dan menghormati guru.
Tetap juga mengaku pelajar Muslim.
Jadi berapa peratus nilai Muslim yang ada dalam diri?
Bukan kah title Muslim itu perlu diapplikasi dan dipamerkan dalam segenap aspek kehidupan? Dari buka mata di pagi hari sehingga lelap di malam hari.
Atau peratusan Muslim yang ada dalam diri mungkin satu peratus iaitu pada nama.
Jadi jika hanya satu peratus sahaja yang Muslim masih layakkah memegang title Muslim?