Tuesday, March 8, 2011

Snippets of life

Salam semua!~

Hurmm.. lame tak update blog aku ni.. dah rase mcm kat hutan belantara dah.. huhu.. so, entry kali ni mmg ade byk ak nak cerita.. and dlm kesempatan ini aku nak wish Happy Women's Day.. huhu.. So, mmg byk la perkara2 yg selalu membuatkan aku berfikir tanpe henti2, sampai aku kene makan paracetamol hari2.. adess..


POLITIK

Tahniah BN dan UMNO atas kemenangan di beberapa siri pilihanraya kecil (PRK) baru-baru ini. Terbaru PRK di Merlimau dan Kerdau menunjukkan tren sokongan yang kembali memihak kepada BN, dan yang paling penting statistik menunjukkan kemenangan dengan majoriti besar tersebut diraih atas kejayaan mendapatkan undi pengundi muda. Hmm.. sejak bile pulak ak minat politik nih.. mmg hidup aku tak boleh lari.. sorry abah!.. mmg ayah aku banyak kali dah melarang anak2 nye supaye jgn terlibat dlm politik sewaktu belajar.. hmm.. tp nak wat cmne kn?? huhu.. persekitaran aku mmg macam ni... Dunia pon dunia juga, tapi akhirat jgn lupa! =p

MEDIC

Tertarik dengan kata2 Tan Sri Dr. Abu Bakar Suleiman [klik here] pasal pusat2 mengajian tinggi medic sekarang nih bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan.. berlambak2 pusat pengajian yang meng-offer bidang perubatan.. tapi kualiti nye mcm mane?? dan beliau turut menambah kalo nak blaja medic jgn la hantar ke Russia & Ukrain sbb sistem die lain dgn Malaysia.. Tp beliau tak nafikan bahawa graduan2 Russia & Ukrain nih ade yg hebat2 jugak.. =).. nih ape yg beliau kata:

"The essence of being a doctor is to serve. Just because you are a bright student doesn't make you a good doctor.You must have other attributes such as being interested in people, the desire to help others, patience, and the independence of thinking and learning,"

So, mmg la nak jadik doctor nih bukan senang dan jugak bukan mustahil. Tapi yang perlu ada dalam diri sesorg tuh adalah semangat die untuk belajar tuh.. atau dalam bahasa kampung aku. "you must have a strong interest or curiosity in knowing something. You can do anything if you have enthusiasm." Dan sementara kita tgh belajar ni jangan takut utk bertanya, jangan takut utk buat salah. Asal kita mencuba!

"Being in university is not all about studying. It is the best time to learn how to live your life. Don't stuck with books, explore and learn anything possible. Don't be afraid to make mistakes, they are the best teacher ever. Be smart in your moves, so that when the time comes, you're ready to face real life out there!" -Dr. Rizal Abd Rahman


Satu lagi petikan dari akhbar, berkata lagi Tan Sri Abu Bakar Suleiman:

"We need experienced people with academic management skills, curriculum planning, assessment, benchmarking and accreditation."

"At present, every state wants to have a medical school. But is there a need? Some don't even have enough training hospitals"

"If you send them to Russia or the Ukraine, they are trained to perform in the healthcare system of their host country, which is not similar to the system here."

See, beliau yang kat malaysia pon tahu kita hidup mcm mana kat sini. So, aku sangat sarankan pelajar2 medic, pergi la buat praktikal kat Malaysia waktu cuti summer nanti so that before HO dah tahu situasi2 kat Malaysia mcm mana. Sbb kat sini kita diwajibkan buat praktikal di Russia. Apa salah nya korbankan sedikit cuti untuk masa depan. Terpulang la pada kalian semua. =)). Tiada paksaan dan ini cuma saranan. Huhuh.

Anyway, pagi tadi aku dah dapat reply drpd HKL, katanya surat aku itu sedang diproses. =)). Let's pray and hope for the best. InsyaAllah.



Hati

Hati ini mmg sgt susah nak jaga. Tgk hadis 6. Sgt2 susah. Aku tak tahu kenapa sejak kebelakangan ini bila aku terlalu happy je, kemudian mesti akan rasa bad mood lepas tu. Dan yang paling aku tak tahan, apabila kita bergurau senda. Kadang2 terlintas difikiran kita nih.. kawan kita nih tak hormat ke?? mananya yang dulu selalu disebut2 Ukhwah filah abadan abada.. tak ada hormat langsung. Oleh itu, untuk mengelakkan lebih banyak yg terguris hati dgn lawak jenaka kita, elok la berdiam diri. Jangan lah bergurau berlebih2. Ala kadar cukup~
Mmg betul la teka-teki Imam Ghazali, apa yang paling tajam di dunia ini? -jawapannya lidah. Untuk itu, berhati2 dgn lidah msing2. Dan facebook ini boleh jadi boleh merapatkan hubungan seseorang dah boleh jadi juga merenggang kan sesuatu hubungan itu. Bersabar lah.. =)

Dilemma

Ya! mmg aku selalu sgt mnghadapi masalah ini. Rasa macam nak lari pon ada juga. Tp mmg tak pernah nak dpt lari. Dilemma, nak extent kan visa atau tak? nak balik lewat atau tak? Nak bayar ke tak? nanti kene tanggung macam2 risiko. Hurm.. Dilemma2.. Apa2 pon malam nih mmg kene buat solat sunat isthigharah.. Ya , Allah berikan lah petunjuk pada hambamu ini.


Malas

Tak tahu kenapa, makin lama makin malas betul. Kalau nak dibanding kan dgn rakan2 serumah aku, hari2 je mesti akan study. Kuat betul semangat . Kenapa ni?? Sila rajin! Mmg aku perlukan disiplin yang tinggi untuk jadi rajin. Rajin dan istiqamah perlu seiring sejalan. Huhu!


Buat sehabis baik

Teringat kata2 kakak usrah aku, " buat something kene la all out! baru la betul. Jangan la baut something cincai2 je". Ades, menusuk hati dan kalbu kot! Sebelum ini, Aman palestin ada contact aku, kata nak wat road tour kat Russia. Dan pada masa yang sama , minggu tu aku ada banyak kerja, kena prepare untuk colloque, pi dekanat beribu2 kali, sediakan borang untuk praktikat elektif kat Msia. Kira sangat2 busy la. Kalau boleh aku nak sangat2 road tour tu datang sini. Tak pernah2 kot selama 3 tahun ak belajar kat sini. Last2, aku inform kat PPIM, tahu2 la diorg nak settle kan mcm mana. And aku sangat berharap dapat membantu apa2 yang aku boleh tolong. (-_-). And bila aku study pon, study sambil tengok drama, makan la, buka FB, mana nak focus nya?? aduss.. Khilaf diri ini.


P/S: Tahniah kepada yang berjaya membaca coretan mengarut diyana rahman sampai ke sini. Anda memang boleh bertahan dengan ND ye… hebat2!