Salam.
Analogi Yang Diberi:
Bayangkan ada dua ekor ikan dalam satu
balang kaca berair. Ikan pertama berkata pada ikan kedua anda boleh pergi
kemana-mana sahaja dalam balang kaca ini, tetapi sempadannya adalah balang kaca
ini. Ikan yang kedua merasa tidak puas hati, dia menginginkan dunia tanpa
sempadan. Jesteru dia membuat helah, agar balang kaca itu retak, dan akhirnya
pecahlah balang kaca tersebut.
Tanpa dia sedar, dunia di luar tanpa balang kaca
'sempadannya' adalah dunia yang tidak menggembirakannya tetapi membunuhnya.
Persoalan dalam hidup realiti:
Pilihan yang pelbagai dan
hidup bebas- tanpa sempadan. Lebih bahagia atau lebih sengsara?
Sebagai pelajar yang menuntut dalam bidang Perubatan, saya juga ada mempelajari subjek Ekonomi sewaktu di tahun kedua pengajian di sini, berbicara banyak mengenai PILIHAN yang manusia nak ambil
(demand) dan PILIHAN yang manusia ingin beri (supply). Antara yang mungkin
banyak dibincangkan adalah market yang berubah-ubah kerana faktor-faktor
tertenut yang memberi kesan terhadap supply dan demand. Market yang bebas tanpa
sekatan mana-mana pihak (i.e. the capitalist market) dan dunia yang hidup
dengan kebebasan mutlak untuk membuat segala pilihan (i.e. kehidupan yang
dituntut dan dihebohkan di Amerika Syarikat).
Dalam teori capitalist, antara positifnya market yang bebas
tanpa sempadan ini: adanya competition, efficiency, innovation, creation, dan
kesungguhan untuk mendapatkan maximum quality dan maximum profit (i.e akan
memaksa market untuk cuba sedaya upaya mengurangkan pembaziran dan
meng'optimum'kan usaha untuk berjaya).
Tetapi, dalam teori ini jika dipikirkan semula...pilihan
yang terlampau banyak akan menyebabkan dua perkara yang negatif berlaku:
1) Kerana terlalu banyak sangat pilihan, manusia akan
menangguh untuk membuat keputusan- dan akhirnya tidak dapat membuat keputusan
ataupun masa yang diambil untuk membuat keputusan terlalu lama.
Contoh yang mudah: Anda pergi shopping, perasan tak ada
hampir 10-20 jenis pencuci muka yang berbeza jenama? Kadang-kadang anda sudah tahu
apa yang anda mahukan dan terus mengambilnya. Tetapi cuba kalau anda tidak
tahu, dan anda cuba membuat keputusan. Anda akan belek setiap satu pencuci muka itu...dan anda akan mengambil masa yang lama untuk membuat pilihan.
Kadang-kadang, lepas dah belek punya belek, tak jadi pulak nak beli.
Kenapa?
Ini adalah kerana, dengan banyak sangat pilihan, secara
psychology anda akan merasakan beban untuk membuat keputusan itu menjadi lebih
besar. Kerana takut untuk kecewa setelah membeli...kalau anda pilih satu
pencuci muka, opportunity cost/ kos lepas (kos yang kita tinggalkan untuk dapat
benda lain) anda adalah terlalu besar, iaitu 19.
Bayangkan dalam kehidupan kita, dimana kita diberi terlalu
banyak pilihan-untuk study misalnya. Ada bidang perubatan, ada bidang
engineering, ada macam-macam bidang. Akhirnya, banyak dari kita memindahkan
tanggungjawab untuk memilih itu kepada orang lain: biasanya kepada ibu bapa
kita. Sebab utama, of course, kita nak redha mak ayah...sebab yang kedua- kita
juga takut untuk menyesal dalam membuat pilihan, dengan banyak sangat kos lepas
yang ada.
Saya juga terfikir kalau teori ini diaplikasi kepada
kepercayaan kita. Allah swt Maha Mengetahui Makhluknya....dia selalu memberi
kepada kita sedikit sahaja pilihan kepada kita: Nak menjadi hambaNya, atau
mensyirikkannya? Nak bertambah dekat padaNya..atau bertambah jauh? Inginkan
syurga atau neraka?
Dengan pemilihan yang mudah ini, psychology kita berbicara-
kalau saya pilih syurga, kos lepasnya adalah neraka. Mudah bukan? Untuk buat
keputusan pun kita tidak ragu-ragu. Malah bertambah yakin dan tidak akan
menyesal dengan keputusan kita. (Unless ada yang rasa seperti nak jugak
lepaskan syurga??)
2) Kerana pilihan/ kebebasan tanpa sempadan
ini...expectation kita terhadap benda tersebut meningkat. Dan kita TIDAK akan
merasa gembira.
Apabila terlampau banyak pilihan dalam market jual beli,
sebagai pembeli, kita meletakkan harapan tinggi supaya barang-barang tersebut
adalah sangat hebat.
Pada zaman dulu-dulu, semasa telephone hanya ada dua tiga
jenis, semua merasakan lebih bahagia dengan pilihan yang mereka lakukan, kerana
expectation mereka pada kadar yang rendah. Ini sahaja yang ada...takpe,
bersyukurlah.
Pada zaman sekarang, handphone banyak sangat pilihan...
pernah tak anda terdengar kawan anda cakap, "Ala, ingat best sangat
handphone nih....mesti ni lagi best...nak tukar, mesti tuh lagi best."
Dengan terlalu banyak pilihan dalam market- kita meletakkan
harapan tinggi untuk mendapatkan sesuatu. kita susah untuk puas hati. Untuk
rasa bersyukur. Walhal, kunci kepada kebahagiaan adalah: feeling content-
merasakan apa yang ada sudah memadai, rasa BERSYUKUR.
Daripada point ini, saya dapat simpulkan bahawa, Allah swt
sememangnya telah beri kepada manusia kunci untuk bahagia di dunia dan di
akhirat. Iaitu- hidup bersederhana dan bersyukur dengan apa yang ada. Orang
yang miskin pun kadang-kadang boleh bahagia, kenapa? Kerana dirinya merasa
syukur dengan apa yang ada. Kenapa orang yang kaya tidak bahagia? Kerana dia
sentiasa membeli dan membeli, bertukar jenama...tetapi tidak berasa puas hati
atau bersyukur dengan apa yang dia ada.
Nampak kan?
Jadi apa yang kita perlu lakukan sekarang? suruh orang
kurangkan pengeluaran? Dalam market economy Islam pun, pengeluaran adalah
bebas, Islam menghalalkan free market--tetapi free market dengan sempadan yang
Islam gariskan- asalkan tiada riba, tidak ada unsur-unsur tipu atau menzalimi
dan sebagainya...
Islam juga memberi freedom of choice- tetapi dengan sempadan
yang sewajarnya: iaitu tidak membazir, untuk keperluan, bukan untuk tujuan yang
tidak baik dan sebagainya.
Lihat, kita bebas, sebagai orang Islam kita bebas--bebas
dengan sempadan. Sempadan bukan untuk menyekat, tetapi untuk menjamin
kebahagiaan dan keperluan kita juga di dunia dan di akhirat.
Seperti ikan dalam balang kaca. Boleh pergi mana-mana sahaja
asalkan dalam balang kaca tersebut.
Tidak kah kita lebih bahagia apabila
pilihan yang 'terlalu' banyak ini dipindahkan kepada orang-orang di negara yang
tidak ada pilihan sangat...contohnya, negara-negara miskin dan sebagainya?
Maksudnya, kita memberi INCOME distribution (pengagihan
pendapatan) yang lebih adil kepada yang memerlukan. Salah satu cara ekonomi
Islam ingin mencapai hadaf ini? Melalui zakat dan sedeqah...
Secara idealistiknya, sememangnya Islam adalah jalan yang
terbaik untuk manusia, tinggal kita sahaja untuk membuktikannya (mengumpul
semangat belajar untuk FINAl EXAM)
Kehidupan yang pada dasarnya "bebas" mengikut
pandangan manusia, terbukti tidak membahagiakan.
Minta maaflah kalau ada yang kurang paham dengan apa yang ingin saya terangkan. Sekadar berkongsi. =)