Salam
Hari ini Alhamdulilah, rumah baru dah masuk internet. Selepas 2 minggu, 3 kali pakcik Dom.ru datang. Akhirnya.
Dah lama juga la saya tak menulis disini. Banyak cerita yang nak dikongsi, tapi macam biasa 'mood' hilang. Huhu.
Sekarang ni tengah cycle Obstetric. Menarik juga la. Hospital sangat dekat. Dekat Ddetsii center. 15 min keluar dari rumah pon dah boleh sampai. Selalu tengok orang mati je, tapi kali ni tengok org hidup. Orang baru hidup!
Khamis lepas, sebelum cuti 'Dein Rasii', dapat tengok orang bersalin normal. Tiga orang pesakit berturut-turut. Penat tapi sangat menarik kot. Takut jugak la nak bersalin nanti, bila tengok patient menjerit-jerit kesakitan untuk keluarkan bayi dalam kandungan tuh. Tiga orang pesakit yang sempat kami tengok ni ada kisah dia sendiri. Pesakit pertama ni, alhamdulilah anak dia selamat dilahirkan. Normal. Pesakit kedua pula, si ibu nih 'primigravida' iaitu women in her first pregnancy. Setelah penat lelah meneran untuk keluarkan anak, tiba-tiba, anak yang dilahirkan tuh tidak menangis. Muka biru. Nampak macam ada 'meconium' (tahi baby). Penat juga la doktor tepuk-tepuk, aspirate air dari baby tuh. Nasib baik baby tuh nangis. Phew~ suspens jugak la kitorg yang tengah tengok dan bersorak kat belakang nih. Lepas tuh, setelah rasa nak nausea, vertigo, dan fatigue dah tengok orang bersalin two times in a row, Yulia (lecturer) ajak tengok pesakit ketiga. Patient nih die 'multipara' (women who has given birth 2 or more times). So, dia nih dah ada experience la before this. Bila anak tuh keluar, doktor pon cakap la. "Tahniah anak perempuan". Tapi kitorang yang dekat belakang ni nampak macam lelaki je baby nih. Bile doktor tuh letak baby tuh atas kain tiba-tiba, dia cakap, "eh silap, baby lelaki nih". Tak dapat nak tentukan jantina baby tersebut, further investigation method akan di buat. Mungkin baby tuh hermaphrodite (khunsa)? Atau clitoris enlargement? Wallahualam.
Melihat ketiga-tiga pesakit tersebut, membuat kan saya lebih respect kat ibu saya. Macam mana la mama boleh lahirkan 6 orang anak. Satu anak pon dah sakit sangat. Kalau yang lahir tuh anak derhaka, memang kena bunuh la awal-awal. Haha. Ni lebih sayang la dekat mama. InsyaAllah, akan cuba menjadi anak yang solehah.
Teringat satu kisah yang pernah saya baca. Jika seorang anak berbuat baik pada rakan baik atau orang yang disayangi, InsyaAllah malaikat akan menghantar dulang berisi cahaya dan mengatakan kepada ibu bapa kita ini adalah kiriman anak mu. Alangkah berbahagianya orang yang mati meninggalkan anak soleh yang mendoakannya.
Juga nabi Mohammad saw pernah bertanya pada sahabat siapakah orang yang muflis? Sahabat pon menjawab mereka yang miskin. Nabi bersabda "Tiada mereka yang muflis ialah mereka yang mempunyai anak tetapi apabila mereka mati mereka tidak medoakan mereka dan mereka tidak mendapat apa-apa kebaikan dari anak mereka."
3 Saham akhirat yang penting dan tak kan terputus iaitu:
- Doa anak yang soleh
- amal jariah
- ilmu yang bermanfaat