Assalamualaikum. =)
Time-time exam nih tiba-tiba rase nak share something dengan korang. Honestly it is based on apa yang aku rasa dan nampak sekarang. Tapi lebih kepada peringatan untuk diri sendiri. Ntahlah~
It all started after i saw this post.
It makes me think, and i think i should write a post about this.
Bulan 6 di sini memang sangat sinonim dengan bulan exam. Haa.. ambik, aku exam start dari 8-26 jun. 5 paper je pon. Huhu. (Pelik kawan kat Msia aku dengar). Bulan nih la macam-macam drama touching2 hati berlaku. Hati-hati menjaga hati.
Nak katanya, ada beberapa perkara yang aku nak sentuh pasal menjaga hati (hati diri sendiri bukan hati org) time-time bulan exam nih. Hiihi~
Mungkin kita boleh naik stress sebab sebulan pandang buku je. So, hati pon jadi tak betul la sangat. Dan senang sangat nak marah. Muka jadi masam, housemate tengok pon takut. Sibuk dengan bace buku, sampai muka pon jadi amimic dan suara monotonous. Tapi sesibuk mana pon kita Al-Quran jangan dilupakan. Huhu~
Sesungguhnya seboleh-bolehnya jangan biarkan hati kita mati, sebab hati adalah punca setiap perbuatan kita, apa yang kita katakan kadang-kala bukan apa yang ada dalam hati kita. Tapi Allah tahu semuanya kan. Seriously, bila hati mati bagaimana untuk kita dapat hidayah dan rahmat untuk berubah? Aku takut sangat for that, sebab hidayah, Allah hanya berikan kepada mereka yang terpilih sahaja. Sebab itulah kita kena berdoa supaya jangan Allah memesongkan hati kita setelah kita diberi petunjuk dan hidayah, minta hati kita tidak berdolak dalik dari Allah. Minta hati kita subur dengan menyebut nama Nya. Insya Allah. *muhasabah diri*
Jadi apa yang boleh buatkan hati kita mati?
Banyak sebab hati kita mati. Dosa, perbuatan yang tidak baik yang kita laksanakan secara berterusan tanpa penyesalan, fikiran yang jahat dan macam-macam lagi, perasaan hasad, iri hati, riak, was-was dan sewaktu dengannya.
Iri hati. Ni sangat lah bermasalah. Kalau terasa je, cepat-cepat ambil wudhu'. Kadang-kadang boleh jadi stress kalau kite nampak kawan kite lebih sikit dari kite. Then mula la sebar cerita orang nih dah ulang 10 kali bace padahal tak betul pon cerita tuh. (kan dah jadi mengumpat). But, Hey! Rilex. Lain orang, lain cara die study. Husdnuzon sikit okay!~
Manusia tahu apa yang boleh dan tak boleh, tahu yang sangat-sangat. Tapi tahu sahaja tanpa perbuatan adalah pekara yang sia-sia. Tahu, laksanakan dan amalkan secara berterusan dengan niat yang baik adalah yang terbaik terbaik, improve, improve yourself! Tahu kita tak tahu, belajar untuk tahu. Bila dah tahu cuba untuk lebih tahu dan amalkan. Improve, improve dan improve!
Jangan pernah berputus asa dengan DOA!~
Di sini selesai habis menjawab exam, kita boleh tahu markah apa yang cikgu tu bagi. Mungkin markah yang kita nak, mungkin juga markah yang kita tak hingin. Perbetulkanlah niat untuk apa kita belajar. (Tapi kadang2 pon aku terpesong jugak T_T). Kadang-kadang Allah tak makbulakan doa kita bukan sebab Allah tak suka pada kita. Tapi Allah mahu mendengar hambanya memanggil namanya meminta pertolongan. Berdoalah, sesungguhnya Allah maha Pengasih lagi Penyayang~
Lastly, baca la ayat ni untuk hati:
‘Yaa Muqallibal Quluub, Tsabbit Qalbi ‘Ala Ta’atik’
“Wahai Dzat yg membolak-balikan hati, teguhkanlah hatiku diatas ketaatan kepadamu”
Gud Luck Exam! Jom berusaha!